BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 6, 2009

Merungkai Rahsia Laskar Pelangi

Laskar Pelangi adalah berasaskan kisah benar daripada novel yang berjudul “Laskar pelangi” oleh Andrea Hirata. Laskar Pelangi memaparkan kisah 10 anak-anak Belitong yang haus akan pendidikan. Kisah yang bermula dengan anak-anak ini yang mencuba untuk mendaftar di sekolh SD Muhammadiyah Belitong. SD ini sendiri dalam keadaan yang serba sadis, ibarat gedung yang tidak hanya parah tetapi juga atapnya yang “ambruk”, bahkan dindingnya juga perlu diperbaiki. SD yang telah mendapat surat peringatan dari DIKNAS, sekiranya mereka tidak mencukupi jumla pelajar seramai 10 orang maka sekolah ini harus dihentikan dari beroperasi. Kisah dipaparkan melalui personaliti anak-anak didik yang memiliki keistimewaan yang berbeza dan juga mengisahkan tanggungjawab seorang guru besar termasuk 2 orang guru yang mendidik mereka dengan dikisahkan melalui senario persekolahan yangs serba kekurangan dan keadaan yang sadis serta menyayat hati. Murid-murid tersebut terdiri dari keluarga yang miskin antaranya pedagang, nelayan dan buruh dimana kehidupan dan taraf hidup yang serba minimum. Antara aspek utama yang diketengahkan dalam filem ini adalah seperti senario kehidupan sebagai pelajar yang serba kekurangan, sifat pengetua yang penyabar dan bermotivasi dalam menciptakan karenah positif bagi guru dan anak didiknya. Guru wanita yang sangat ideal, penuh semangat serta memiliki kepercayaan diri, bersabar dalam mendidik pelajar, dimana keadaan ini semakin pudar dalam sekelompok jiwa pendidik. Dari SD yang sangat biasa ini lahir peribadi-peribadi yang luar biasa. Murid-murid yang saling bersefahaman, akhlak yang mulia, menghormati gurunya, dan mereka sentiasa sedar bahawa cita-cita harus disertakan dengan nilai seperti yang diajarkan gurunya iaitu watak “Ibu Muslimah”. Mereka berpegang pada kata-kata gueu besar iaitu “bahwa dalam hidup seharusnya menjadi yang memberi, memberi, dan memberi, bukan menjadi yang menerima sebanyaknya”. Filem yang diangkat melalui kisah nyata ini penulis ini (Andrea Hirata) tidak hanya mengisahkan dirinya namun mengenalkan sahabat-sahabatnya yang luar biasa yang pernah dia kenal. Seperti Mahar, yang bersifat pendiam tetapi berjaya mengangkat nama sekolah dengan menjadi Juara dalam acara “Porseni”, dengan menyumbang piala untuk sekolahnya yang merupakan pertama kali piala bagi sekolah tersebut. Harun antara lainya, mempunyai semangat belajar yang tinggi walau dengan keadaan yang serba kekurangan. Lintang dengan semngat luar biasa menuntut ilmu, sanggup mengayuh basikalnya sejauh 80 km setiap hari menuju sekolah. Filem ini banyak memaparkan kisah tentang kehidupan. Kita dibiarkan menangis, tertawa dan tersenyum dengan gelagat jujur dan tuls. Bagi meraih cita-cita, perubahan adalah perkara utama. Dan bagi sebuah perubahan , pendidikan adalah satu jawapan yang mutlak.

0 comments: